11 July, 2010

Bako National Park, Sarawak

Taman Negara Bako (TNB) yang tertua di Sarawak telah diasaskan pada tahun 1957, ianya merangkumi keluasan 27 km persegi dan jaraknya hanya 37km dari Bandaraya Kuching. Taman ini sangat dikenali dengan pemandangan alamnya yang luar biasa, habitat, tumbuhan dan kehidupan liar. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke jeti Kg Bako mengambil masa kira-kira 40 dengan menggunakan laluan jalanraya. Untuk ke sini, kita perlu mendapatkan perkhidmatan bot yang disediakan di jeti Kg Bako.



Mercu tanda di taman negara tertua di Sarawak ini ialah "Sea Stack". Ianya boleh dilihat dengan berjalan kaki melalui trek yang disediakan dari jeti TNB ke Teluk Pandan Kecil mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.



Selain menggunakan jalan darat, "Sea Stack" juga boleh dilihat dengan lebih dekat dan jelas menaiki bot.



Jika dilihat secara dekat, Sea Stack ini menyerupai kepala ular tedung selar yang muncul daripada air.



Monyet proboscis ataupun juga dikenali sebagai monyet belanda bagi masyarakat tempatan dapat dilihat dengan populasi yang banyak di sini. Spesis monyet ini adalah berhidung panjang dan hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Nama sintifik bagi monyet proscis ini ialah Nasalis larvatus


No comments:

Post a Comment